Sejarah Perjalanan Kumpulan Cromok

Cromok Antara Kumpulan Rock Metal Terawal Tanah Air


Atok share sedikit sejarah perjalanan kumpulan Cromok yang atok dapat dari sumber brader2 yang lepak kedai kopi.
Cromok merupakan sebuah kumpulan rock metal Inggeris Malaysia yang ditubuhkan pada 1986 (pra-Cromok) sekadar memenuhi masa lapang dengan Nik Ramzee dan Che Adnan sebagai ahli awal dan apabila Miji dan Mat Puck menyertai mereka, mereka menjadi lebih serius lalu menamakan kumpulan mereka Cromok pada 1987. Mereka terdiri daripada empat orang pelajar Malaysia yang menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia. Ahlinya terdiri daripada Sam (Vocalist+Bassist), Din (Vocalist+Guitarist), Karl (Guitarist) dan Miji (Drummer).
Sekembalinya ke tanahair, tiga dari mereka kecuali Din yang masih belum tamat pengajian telah menandatangani perjanjian dengan Valentine Records dan telah mengedarkan album Image of Purity yang dirakamkan sewaktu mereka masih berada di luar negara. Walaupun peminat muzik tanah air masih janggal dengan lahirnya sebuah band trash metal, album tersebut mendapat sambutan menggalakan sehingga terjual lebih 70,000 unit. Lagu 'Metallurgical' yang mengabungkan intro lagu tradisional 'Ulek Mayang' menjadi lagu paling menarik dan digilai peminat ketika itu. Din Cromok meninggal pada 1997.
Cromok kemudiannya menyertai EMI Record pada tahun 1993 bagi mengembangkan lagi sayap mereka. Album Forever In Time merupakan album paling berjaya Cromok dan terjual melebihi 100,000 unit. Album ini disifatkan lebih kepada metal kemelayuan.
Cromok seterusnya mengeluarkan album Yours Truly pada tahun 1996, Mean, Meaner, Meanest (1999), Re-release Image of Purity (2000), What's Left (2000), Deafening Silence (2002), Engrave in Eternity (kompilasi 2003), Untitled (2004), Untitled + raw (2005) dan The Great : Metal Manifest (2006).
Namun, pada tahun 2001 dengan rasminya Karl telah menarik diri dari menganggotai Cromok atas masalah kerjaya dan keluarga. Pengganti Karl pula bukan calang-calang gitaris tetapi Hillary Ang yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam muzik. Hillary pernah menyertai kumpulan SEARCH dan menjadi pemuzik undangan bagi artis ternama yang lain. Beliau sebenarnya telah bekerjasama dengan Cromok sejak album Mean, Meaner, Meanest tahun 1999. Hujung tahun 2006, Hillary kembali menyertai Kumpulan Search.
Sekitar tahun 2010 Karl kembali bersama Cromok dan pada 2012 mereka mengadakan satu konsert yang terdiri daripada anggota asal Cromok. Konsert tersebut diberi nama konsert Cromok Reunion. Konsert tersebut mendapat sambutan hangat daripada peminat seluruh Malaysia.
Kini 2018 sekali lagi Cromok akan menggegarkan tanah air dengan mengadakan konsert Metal Legends bersama kumpulan lagenda tanah air iaitu XPDC.

* Sejauh mana kesahihan sejarah ini atok tak pasti, kalau anda ada info lain berkaitan sejarah Cromok boleh komen di bawah..




Comments

  1. Still layan Cromok legend sepanjang zaman 💪

    ReplyDelete
  2. legend, tapi tak boleh telan la lagu cromok ni..mungkin sbb x faham bahasa org putih..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Siapakah arwah J.S Kevin? Jom kenali beliau..

Antara lagu-lagu ciptaan Saari Amri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air.