Posts

Showing posts from 2018

Siapakah arwah J.S Kevin? Jom kenali beliau..

Image
Zul Adnan Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai JS Kevin atau juga Masterpiece, ZN Kevin, Nasha Kevin, Zul Kevin, Joe Kevin dan An Kevin merupakan seorang penulis lirik dan penggubah lagu rock yang terkenal suatu masa dahulu. Komposer yang banyak menyumbangkan di dalam menulis lagu dan lirik untuk kumpulan rock tempatan sekitar ‘80-an dan ‘90-an. Life Records Sdn Bhd, dengan kerjasama komposer Haron BPR, kini mengeluarkan sebuah album khas bagi memperingati perjuangan beliau. Dengan judul Tangisan Di Gelanggang Fana- A Tribute To JS Kevin, lagu yang pernah dipopularkan oleh sebuah kumpulan Mentor pada awal tahun 1990an dahulu ditujukan kepada komposer tersebut. Tangisan Di Gelanggang Fana, ciptaan Haron BPR dan Abdullah Romany, didendangkan semula oleh Shamrin (Fotograf), Mus (May) Ucop (Baji) , Faizul MI2 dan Asheeed (Def Gab C). Lagu Tangisan Di Gelanggang Fana dipilih kerana liriknya yang berunsurkan kesedihan bagi menyampaikan perasaan hiba keatas kehilangannya. Album yang me

Sejarah Perjalanan Kumpulan Cromok

Image
Cromok Antara Kumpulan Rock Metal Terawal Tanah Air Atok share sedikit sejarah perjalanan kumpulan Cromok yang atok dapat dari sumber brader2 yang lepak kedai kopi. Cromok merupakan sebuah kumpulan rock metal Inggeris Malaysia yang ditubuhkan pada 1986 (pra-Cromok) sekadar memenuhi masa lapang dengan Nik Ramzee dan Che Adnan sebagai ahli awal dan apabila Miji dan Mat Puck menyertai mereka, mereka menjadi lebih serius lalu menamakan kumpulan mereka Cromok pada 1987. Mereka terdiri daripada empat orang pelajar Malaysia yang menu ntut di University of Wollongong di Sydney, Australia. Ahlinya terdiri daripada Sam (Vocalist+Bassist), Din (Vocalist+Guitarist), Karl (Guitarist) dan Miji (Drummer). Sekembalinya ke tanahair, tiga dari mereka kecuali Din yang masih belum tamat pengajian telah menandatangani perjanjian dengan Valentine Records dan telah mengedarkan album Image of Purity yang dirakamkan sewaktu mereka masih berada di luar negara. Walaupun peminat muzik tanah air masih

Antara lagu-lagu ciptaan Saari Amri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air.

Image
LAGU² CIPTAAN KOMPOSER SAARI AMRI: Madah Berhelah - Ziana Zain Tika Naik Tika Jatuh - Ziana Zain Kemelut Di Muara Kasih - Ziana Zain Setiaku Di Sini - Ziana Zain Kekal - Ziana Zain Penantian - Black Rose Kau Satu-Satunya - Ukays Di Sana Menanti Di Sini Menunggu - Ukays Sebak - U.K's Rhythm Si Jantung Hati - U.K's Kembali Mencari - Ukays Kekasihku Di Menara - U.K's Untuk Apa - U.K's Kerana Perpatah Lukaku Berdarah - Ukays Sesak - U.K's Permata Hati - U.K's Seksa - Ukays Pahit Akan Manis Akhirnya - U.K's Nyanyian Jiwa - Ukays Membara - Ukays Tergamak Kau - Ukays Di Luar Keampuanku - U.K's Nafas Orang Kota - U.K's Bila Purnama Mengambang - U.K's Cinta Kita Hanya Tinggal Irama - Ukays Tak Mati Selepas Mati - Ukays Berkat Kasihmu - Ukays Duit - Ukays Kata Kata Mak Aku - Ukays Benar Benar, Sungguh Sungguh - Ukays Satu Lilin Sehening Malam - Ukays Tak Kesampaian Cintaku - Ukays Sendu - Ukays Butakah Cinta - Spring Mengintai Dari Tirai Kamar - Exis